Hari itu saya melewati kelas tilawah tahun 3 seperti biasa di petang yang melemaskan. Ya, waktu-waktu ketika anak-anak telah bosan, lelah dan hilang tumpuan.
Kehadiran tak ramai kerana satu-satunya hari persekolahan pada minggu itu. Saya meminta mereka duduk berhampiran. Kami memulakan bacaan alfatihah dan doa belajar. Kemudian saya nyatakan muka surat yang akan dibaca.
Belum pun sampai 15 minit kelas, anak-anak tak mampu duduk diam. Arahan sedari tadinya untuk duduk dan buka alQuran tidak dipatuhi. Mereka lebih gemar berbual-bual sesama mereka, dan ada juga yang bergerak keluar masuk kelas tanpa izin.
Saya letih membebel, akhirnya terduduk dan memulakan bacaan ayat bersama 3 orang yang masih setia walaupun masih diganggu gugat. Harapan saya dengan bacaan itu, mereka yang dari tadi berbual akan berhenti dan menyertai bersama, namun....... KRINGGGG!!! sudah tamat masa persekolahan.
Saya berhenti, meminta anak-anak berkemas, membaca doa dan keluar. Anak-anak tadi terus sahaja keluar tanpa menghiraukan arahan. Saya masih duduk dalam makmal sambil menyelesaikan beberapa urusan di ponsel sementara yang lain beratur di perhimpunan balik.
Tiba-tiba, anak-anak yang tadi cukup membuat saya terkilan dengan sikap mereka, masuk kembali dan menuju ke arah saya. Mereka memohon maaf berkali-kali, tak pasti siapa menyuruh atau atas dasar kesedaran sendiri. Dengan muka yang masih tersengih- sengih juga...
"kenapa antum buat muallimah macam ni ya? Antum memang saje buat muallimah sakit hati ya?"...... "bukan muallimah, tak tahula kenapa buat macam ni.." ermmm... Sudah, muallimah maafkan, tp jangan buat lagi. Muallimah tak suka." entahla... Apalah agaknya yang mereka faham. Ermmm.
No comments:
Post a Comment