Saturday, 27 September 2014

3 Sekawan

Hari itu saya melewati kelas tilawah tahun 3 seperti biasa di petang yang melemaskan. Ya, waktu-waktu ketika anak-anak telah bosan, lelah dan hilang tumpuan.

Kehadiran tak ramai kerana satu-satunya hari persekolahan pada minggu itu. Saya meminta mereka duduk berhampiran. Kami memulakan bacaan alfatihah dan doa belajar. Kemudian saya nyatakan muka surat yang akan dibaca.

Belum pun sampai 15 minit kelas, anak-anak tak mampu duduk diam. Arahan sedari tadinya untuk duduk dan buka alQuran tidak dipatuhi. Mereka lebih gemar berbual-bual sesama mereka, dan ada juga yang bergerak keluar masuk kelas tanpa izin.

Saya letih membebel, akhirnya terduduk dan memulakan bacaan ayat bersama 3 orang yang masih setia walaupun masih diganggu gugat. Harapan saya dengan bacaan itu, mereka yang dari tadi berbual akan berhenti dan menyertai bersama, namun....... KRINGGGG!!! sudah tamat masa persekolahan.

Saya berhenti, meminta anak-anak berkemas, membaca doa dan keluar. Anak-anak tadi terus sahaja keluar tanpa menghiraukan arahan. Saya masih duduk dalam makmal sambil menyelesaikan beberapa urusan di ponsel sementara yang lain beratur di perhimpunan balik.

Tiba-tiba, anak-anak yang tadi cukup membuat saya terkilan dengan sikap mereka, masuk kembali dan menuju ke arah saya. Mereka memohon maaf berkali-kali, tak pasti siapa menyuruh atau atas dasar kesedaran sendiri. Dengan muka yang masih tersengih- sengih juga...
"kenapa antum buat muallimah macam ni ya? Antum memang saje buat muallimah sakit hati ya?"...... "bukan muallimah, tak tahula kenapa buat macam ni.." ermmm... Sudah, muallimah maafkan, tp jangan buat lagi. Muallimah tak suka." entahla... Apalah agaknya yang mereka faham. Ermmm.

Monday, 1 September 2014

Si "Pemuda Yang Paling Bijak"

Kisah aku dan seorang murid yang bermaksud nama seperti di atas. Beberapa kali sudah kukenal anak ini, seorang yang agak keras hati, membantah dan merespon negatif dengan mata dan percakapannya yang kurang sopan. Ketika kumenegurnya agar melakukan latihan atau mengikut arahanku, tetapi balasan yang agak merentap jantungku dengan kata-katanya..."saya tak nak! saya tak suka! " Aku yang hilang sabar memang telah kucubit-cubit anak itu, kutarik juga rambut tepinya.. Ma shaa Allah tak berkesan.

Istighfar dalam hati, aku cuba rasional, dia hanya anak berusia 7 tahun, belum sepatutnya aku berkasar, membalas dengan hukuman fizik. Lantas kusebutkan "Ya Latif berulang kali, mendoakan kelembutan hatinya walaupun saat itu masih memegang anak rambutnya. Aku meregangkan cengkaman terhadap rambutnya, lalu mengusap kepalanya. Kemudian aku beralih, menyelesaikan ragam anak yang lain pula.

Beberapa minit setelah itu, aku terkedu melihat dia mula mencari-cari buku dalam begnya, kemudian mengeluarkan pensil. Dia pergi ke kerusi berdekatan papan putih dan mula menulis tanpa mengucapkan apa-apa yang negatif pun...... Subhanallah! kutahu, Allah uji aku dengan sifat sabar tadi dan keyakinan terhadap kuasa Allah. Dialah pemilik hati-hati ini. Aku hanya perlu usaha dan yakin!

# ana muallimah jadidah
# ana taalibah fi maidanittarbiyyah
# tarbiyyatullaulad

Sunday, 31 August 2014

Muqaddimah

Pertama kali bergelar seorang muallimah, bertarikh 20 September 2013. Bukan kerana cita-cita, bukan kerana minat yang mendalam, atas alasan " aku harus ada sumber pencarian, nak bantu sesama akhawat menampung kos hidup yang kian meruncing, tambahan lagi, sangat sulit juga andai berjauhan dari madrasah tarbiyyah yang telah bertahun mendidik diri. Mahu sambung belajar, tiada kemampuan dan keyakinan." Baru dirasakan susah juga mencari duit, mudah juga pula ia habis.

Takkan terlupakan jasa seorang ukhti yang bersusah payah membantuku mencari pekerjaan ini. Sangat bersyukur atas kurniaan nikmat persaudaraan ini.

Bermulalah sebuah episod kerjaya pertama dalam hidupku, aku seorang muallimah, mendidik anak-anak di tahap awal menimba ilmu. Sangat banyak ingin kukongsikan cabaran yang membuatku semakin kenal erti sabar.